THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, September 3, 2009

Perhatian Kepada Wanita Remaja

Apakah yang wanita remaja perlu tahu tentang kesihatan?
Jangkitan kuman pada alat kelamin - menjejaskan kesihatan kaum wanita remaja hari ini.
Kajiselidik dari Hospital Universiti Beijing kepada wanita umur bawah 24 tahun di 10 buah hospital di 4 buah bandar iaitu di Bandar Shenzhen, Bandar Nanning, Bandar Zhengzhou dan Bandar Beijing seramai 1144 wanita remaja yang telah dikajiselidik, seramai 57.1% mengalami penyakit genital tract seperti :-
  1. Terkena 1 jenis jangkitan sebanyak 57.6%
  2. Terkena 2 jenis jangkitan sebanyak 25.3%
  3. Terkena 3 jenis jangkitan sebanyak 17.1%

Kes jangkitan adalah seperti berikut : chronic urethritis 35%, jangkitan vaginal bakteria 28.4%, monilial vaginitis 7.4%, jangkitan chlamydial 7.3%, penyakit chronic pelvic inflammatory 2.45%, vulvitis 1.2%, gonorrhea 0.9%, condyloma acuminatum 0.1%, penyakit-penyakit ini akan timbulkan masalah serius berkaitan kesihatan kaun wanita di kawasan bandar yang belum kahwin.

Jangkitan penyakit di bahagian peranakan wanita (RTI) adalah jangkitan kuman atau bakteria samada dari semulajadi dalam tubuh dan berkembang kepada penyakit jangkitan yang boleh didapati seperti radang di permukaan dalam peranakan ( Vulvovaginal Candidiasis), kanser pangkal rahim ( Cervicitis ), ketumbuhan dalam tempat peranakan ( Endometritis ), bengkak saluran sperma ( Salpingitis ), bengkak pundi sperma ( Oophoitis ), bengkak saluran peranakan ( Pelvic Inflammatory ) dan lain-lain. Jangkitan ini berlaku khasnya kepada kaum wanita yang belum berkahwin, ia bukan sahaja menjejaskan kesihatan, ia juga menyebabkan tekanan dan gangguan emosi.

Bagaimana menentukan samada bahan rembesan itu normal.

Rembesan yang tidak normal biasanya berwarna kuning atau hijau dan berbau manakala normal berwarna putih dan kelekitannya bergantung kepada kitaran haid. Semasa penyingkiran ovum, rembesan berkurangan dan lebih bersih. Selepas itu, rembesan akan menambah. Adalah biasa kaum wanita mengalami bahan-bahan rembesan dan tidak perlu berasa hairan jika anda tidak pernah mengalami keadaan ini tetapi hanya mengalami baru-baru ini.

Terdapat banyak bakteria di dalam faraj, bagaimana mengenalpasti samada ia merupakan yis, bakteria, atau trikominad?

Simptom biasa daripada jangkitan yis ialah kegatalan disekeliling faraj. Kebanyakan jangkitan bakteria di dalam faraj disebabkan oleh persetubuhan dan jamgkitan ini akan menyebabkan keradangan dan kepanasan di dalam faraj serta rembesan melekitdan berbau.

Jangkitan oleh trikomonad juga berpunca daripada persetubuhan dan ia akan menghasilkan rembesan berwarna kuning atau hijau. Rawatan untuk kedua-dua jenis penyakit ini dijalankan dengan penggunaan antibiotik dan jika rawatan tidak dijalankan, jangkitan bakteria akan mnyebabkan keradangan pelvik dan dalam kes yang serius, ia boleh menyebabkan kemandulan. Jika jangkitan trikomonad berlaku semasa kehamilan dan ia tidak dirawat, ia boleh menyebabkan kelahiran pra-matang.

2 comments:

armouris said...

info tentang vaginitis kat sini - Apa Itu Vaginitis

afiqMM said...

saya nak berjaya