THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, September 3, 2009

Bagaimana Memilih Tuala Wanita yang Betul?

Bagaimana memilih tuala wanita yang betul?

Semasa haid, tuala wanita pada bahagian faraj cukup sensitif. Kajian telah membuktikan bahawa 73% wanita mengalami kegatalan pada bahagian sulitnya. Keadaan ini terjadi kerana sering menggunakan tuala wanita yang tidak serap udara - biasanya ia diperbuat dengan tiga lapisan - lapisan permukaan, lapisan serapan dan lapisan bawah. Pemilihan tuala wanita yang betul sangat perlu.

Lapisan pertama tuala wanita bermutu tinggi sepatutnya mengandungi kapas dengan bahan serapan bagi mengelakkan kulit basah.

Lapisan tengah mestilah memiliki bahan serapan yang kuat agar cecair tidak keluar bagi mengelak rasa melekit.

Lapisan bawah mestilah serap udara. Keadaan ini akan menyebabkan bahagian yang lembap menjadi kering dan kulit tidak terjejas serta keadaan menjadi selesa.


Menukar tuala wanita mengelakkan masalah.

Berdasarkan keadaan fizikal istimewa seseorang wanita, tuala wanita yang diguna menjadi rakan yang menyenangkan. Jangan menggunakannya terlalu lama, lebih baik ditukar dua jam sekali. Permukaan lapisan pertama mungkin tercemar jika tidak ditukar dalam tempoh yang lama dan menurut kajian bilangan bakteria bertambah 107 kali pada setiap sentimeter padu.


Antara penyakit yang sering menyerang wanita ketika didatangi haid adalah demam, rasa gatal pada alat sulit, celah paha, menjejaskan pundi kencing dan boleh berlakunya jangkitan pada saluran kencing. Keadaan ini jika dibiarkan boleh menyebabkan seseorang diserang penyakit lain yang lebih serius.

0 comments: