THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, December 20, 2009

Mengapa anda perlu memilih pad ANION LOVE MOON?

Keajaiban Anion

Setiap tuala wanita 'Love Moon' mampu mengeluarkan 6070cm padu anion. Anion ini boleh menyekat pertumbuhan bakteria dan virus pada tuala wanita tersebut.

Pad anion juga boleh membebaskan oksigen yang banyak, mempunyai pH yang seimbang dan menggalakkan metabolisme yang memberi kesan seperti memperbaiki rembesan, memperkuatkan keimunan, mengurangkan tekanan, menghapuskan bakteria, merawat jangkitan, membasmi bau busuk, menyingkirkan kelesuan dan sebagainya.

Sifat tuala wanita ANION LOVE MOON

1. Kering, resap udara dan selesa

Love Moon mengandungi 3 bahagian - lapisan permukaan, lapisan tengah dan lapisan bawah. Lapisan permukaan dihasilkan daripada sutera dan kapas agar kulit sentiasa kering dan selesa. Lapisan tengah dilengkapi bahan peresap berkualiti tinggi agar dapat menukarkan cecair kepada bentuk jeli bagi mengelak rasa melekit. Lapisan bawah dicipta tembus udara bertujuan mengalirkan molekul air keluar bagi mengurangkan kebasahan dan bahang antara tuala wanita dan kulit.

2. Anti bakteria serta menyerap bau

Penghasilan setiap tuala dilengkapi pita anionic yang dapat meringankan kepadatan anion bagi membantu meningkatkan fungsi tubuh badan, menguatkan imuniti, mengelak jangkitan kuman dan mengnyah bau.

3. Menggunakan bahan resapan terbaik sesuai dengan keperluan fizikal

Love Moon mengandungi lapisan-lapisan bahan resapan. Bahan ini dihasilkan daripada bahan pilihan terbaik bagi mengelak kebocoran yang diproses melalui kaedah teknologi. Ini menyebabkan cecair yang mengalir akan terus diserap tanpa meninggalkan sebarang kesan yang tak menyenangkan. Keadaan ini membuatkan pengguna selesa sepanjang hari.

4. Seimbang dengan piawaian kesihatan bagi mengelak sebarang jangkitan

Sentiasa kering, tembus udara dan kebersihan merupakan 3 elemen yang sangat diperlukan dalam pengeluaran tuala wanita. Pengeluaran barangan tersebut mestilah terikat 100% dengan GB15979-2002 standard kesihatan dunia.

Perkara yang dititikberatkan adalah :

  1. Pengawalan ketat berkaitan kesihatan bahan mentah yang digunakan untuk tuala wanita.
  2. Dihasilkan melalui kilang yang memiliki Tahap Kepercayaan Antarabangsa menggunakan mesin automatik, begitu juga ketika proses pembungkusan.
  3. Menggunakan kaedah mudah dibuka walaupun kedap udara bagi memastikan produk bebas jangkitan ataupun kulat.
5. Dipaten dengan kad ujian guna sendiri bagi menguji tahap kesihatan

Friday, October 16, 2009

Sanitari Pad Anion "Love Moon"

Tahukah Anda?

  • Risiko wanita yang berumur dijangkiti penyakit faraj adalah setinggi 83%
  • 62% daripadanya adalah disebabkan oleh penggunaan tuala wanita yang berkualiti rendah
  • Secara purata, seorang wanita memerlukan 3 hingga 6 hari sebulan bagi merawat jangkitan faraj.
  • Jika seseorang wanita mula mendapati jangkitan faraj pada usia 20 tahun, beliau akan menghabiskan masa selama 6 tahun dalam seumur hidupnya untuk mendapatkan rawatannya.


Mengapakah wanita lebih mudah dijangkiti bakteria ketika kedatangan haid?


Tuala wanita sepatutnya menjadi 'rakan' yang menyenangkan. Adalah lebih elok sekiranya tuala wanita tidak digunakan terlalu lama dan seelok-eloknya ditukar dua jam sekali.

Permukaan lapisan pertama mungkin tercemar jika tidak ditukar dalam tempoh lama dan menurut kajian yang telah dijalankan, bilangan bakteria bertambah 107 kali pada setiap mm2.

Antara penyakit yang sering menyerang wanita tatkala haid ialah,

  • demam
  • rasa gatal pada alat sulit
  • rasa gatal pada celah kangkang
  • rasa gatal pada peha
Pundi kencing juga boleh terjejas dan boleh menyebabkan jangkitan berlaku pada saluran kencing. Keadaan ini jika dibiarkan boleh menyebabkan seseorang diserang pelbagai penyakit serius yang lain.


Thursday, September 3, 2009

Perhatian Kepada Wanita Remaja

Apakah yang wanita remaja perlu tahu tentang kesihatan?
Jangkitan kuman pada alat kelamin - menjejaskan kesihatan kaum wanita remaja hari ini.
Kajiselidik dari Hospital Universiti Beijing kepada wanita umur bawah 24 tahun di 10 buah hospital di 4 buah bandar iaitu di Bandar Shenzhen, Bandar Nanning, Bandar Zhengzhou dan Bandar Beijing seramai 1144 wanita remaja yang telah dikajiselidik, seramai 57.1% mengalami penyakit genital tract seperti :-
  1. Terkena 1 jenis jangkitan sebanyak 57.6%
  2. Terkena 2 jenis jangkitan sebanyak 25.3%
  3. Terkena 3 jenis jangkitan sebanyak 17.1%

Kes jangkitan adalah seperti berikut : chronic urethritis 35%, jangkitan vaginal bakteria 28.4%, monilial vaginitis 7.4%, jangkitan chlamydial 7.3%, penyakit chronic pelvic inflammatory 2.45%, vulvitis 1.2%, gonorrhea 0.9%, condyloma acuminatum 0.1%, penyakit-penyakit ini akan timbulkan masalah serius berkaitan kesihatan kaun wanita di kawasan bandar yang belum kahwin.

Jangkitan penyakit di bahagian peranakan wanita (RTI) adalah jangkitan kuman atau bakteria samada dari semulajadi dalam tubuh dan berkembang kepada penyakit jangkitan yang boleh didapati seperti radang di permukaan dalam peranakan ( Vulvovaginal Candidiasis), kanser pangkal rahim ( Cervicitis ), ketumbuhan dalam tempat peranakan ( Endometritis ), bengkak saluran sperma ( Salpingitis ), bengkak pundi sperma ( Oophoitis ), bengkak saluran peranakan ( Pelvic Inflammatory ) dan lain-lain. Jangkitan ini berlaku khasnya kepada kaum wanita yang belum berkahwin, ia bukan sahaja menjejaskan kesihatan, ia juga menyebabkan tekanan dan gangguan emosi.

Bagaimana menentukan samada bahan rembesan itu normal.

Rembesan yang tidak normal biasanya berwarna kuning atau hijau dan berbau manakala normal berwarna putih dan kelekitannya bergantung kepada kitaran haid. Semasa penyingkiran ovum, rembesan berkurangan dan lebih bersih. Selepas itu, rembesan akan menambah. Adalah biasa kaum wanita mengalami bahan-bahan rembesan dan tidak perlu berasa hairan jika anda tidak pernah mengalami keadaan ini tetapi hanya mengalami baru-baru ini.

Terdapat banyak bakteria di dalam faraj, bagaimana mengenalpasti samada ia merupakan yis, bakteria, atau trikominad?

Simptom biasa daripada jangkitan yis ialah kegatalan disekeliling faraj. Kebanyakan jangkitan bakteria di dalam faraj disebabkan oleh persetubuhan dan jamgkitan ini akan menyebabkan keradangan dan kepanasan di dalam faraj serta rembesan melekitdan berbau.

Jangkitan oleh trikomonad juga berpunca daripada persetubuhan dan ia akan menghasilkan rembesan berwarna kuning atau hijau. Rawatan untuk kedua-dua jenis penyakit ini dijalankan dengan penggunaan antibiotik dan jika rawatan tidak dijalankan, jangkitan bakteria akan mnyebabkan keradangan pelvik dan dalam kes yang serius, ia boleh menyebabkan kemandulan. Jika jangkitan trikomonad berlaku semasa kehamilan dan ia tidak dirawat, ia boleh menyebabkan kelahiran pra-matang.

Bagaimana Memilih Tuala Wanita yang Betul?

Bagaimana memilih tuala wanita yang betul?

Semasa haid, tuala wanita pada bahagian faraj cukup sensitif. Kajian telah membuktikan bahawa 73% wanita mengalami kegatalan pada bahagian sulitnya. Keadaan ini terjadi kerana sering menggunakan tuala wanita yang tidak serap udara - biasanya ia diperbuat dengan tiga lapisan - lapisan permukaan, lapisan serapan dan lapisan bawah. Pemilihan tuala wanita yang betul sangat perlu.

Lapisan pertama tuala wanita bermutu tinggi sepatutnya mengandungi kapas dengan bahan serapan bagi mengelakkan kulit basah.

Lapisan tengah mestilah memiliki bahan serapan yang kuat agar cecair tidak keluar bagi mengelak rasa melekit.

Lapisan bawah mestilah serap udara. Keadaan ini akan menyebabkan bahagian yang lembap menjadi kering dan kulit tidak terjejas serta keadaan menjadi selesa.


Menukar tuala wanita mengelakkan masalah.

Berdasarkan keadaan fizikal istimewa seseorang wanita, tuala wanita yang diguna menjadi rakan yang menyenangkan. Jangan menggunakannya terlalu lama, lebih baik ditukar dua jam sekali. Permukaan lapisan pertama mungkin tercemar jika tidak ditukar dalam tempoh yang lama dan menurut kajian bilangan bakteria bertambah 107 kali pada setiap sentimeter padu.


Antara penyakit yang sering menyerang wanita ketika didatangi haid adalah demam, rasa gatal pada alat sulit, celah paha, menjejaskan pundi kencing dan boleh berlakunya jangkitan pada saluran kencing. Keadaan ini jika dibiarkan boleh menyebabkan seseorang diserang penyakit lain yang lebih serius.

Sunday, August 30, 2009

Pengenalan Syarikat - Winalite Global

Apa itu Winalite Global?

Winalite Global bermula dengan penubuhan Hong Kong Winalite International E-Commerce Co. Ltd dan Shenzhen Winalite Technology Co. Ltd oleh Encik Chen Huaide.

Apakah Produk Utama Winalite Global?

Winalite Global muncul sebagai sebuah syarikat yang pakar dalam penyelidikan dan pengkembangan ( R&D ), pengeluaran, termasuk pemasaran produk tuala wanita. Pasukan R&D Winalite Global terdiri daripada pakar saintis yang berpengalaman, terlatih dan bertaraf dunia. Dengan keluasan tapak kilang 100,000 meter persegi yang dilengkapi 60 mesin automatik, ia dapat mengadunkan pelbagai bahan mentah bagi menghasilkan tuala wanita yang memenuhi piawaian antarabangsa. Dengan itu, syarikat mampu mengeluarkan 3 bilion tuala wanita setahun dengan kualitinya mencapai piawaian antarabangsa. Hasil keluaran yang dinamakan LOVE MOON ANION sekaligus meningkatkan pandangan bahawa tuala wanita bukan sahaja sebagai pelindung tetapi ianya lebih kepada penjagaan kesihatan.